PETAK LETAK KERETA BERMUSIM (PETAK KHAS)

Petak khas hanya boleh didapati dengan kelulusan pihak Majlis Daerah Machang. Pemilik premis boleh memohon dengan mengisi borang dan menyediakan segala informasi yang diperlukan oleh MDM bagi tujuan pengesahan. Pengguna diwajibkan menggunakan PENGHADANG PETAK KHAS diatas petak yang telah ditetapkan.